Site icon TechNave BM

Nike umum “Project Amplify” – revolusi rekaan kasut sukan generasi baharu

Nike hari ini memperkenalkan Project Amplify iaitu inisiatif rekaan terbaharu yang menandakan langkah besar ke arah masa depan kasut sukan berprestasi tinggi. Nike mengetengahkan gabungan teknologi fabrik pintar, struktur modular, bahan mesra alam yang direka untuk memberikan prestasi maksimum serta keselesaan luar biasa kepada atlet dan pengguna harian.

Menurut Nike, Project Amplify bukan sekadar koleksi kasut baharu tetapi platform rekaan menyeluruh yang membuka ruang kepada eksperimen dalam bentuk, fungsi dan kemampanan. Setiap model di bawah projek ini dibangunkan dengan menggunakan proses reka bentuk adaptif yang membolehkan kasut disesuaikan mengikut gaya pergerakan dan keperluan tenaga pemakai.

Antara sorotan utama termasuk sistem Dynamic Weave Mesh generasi baharu yang menyesuaikan tahap sokongan mengikut tekanan kaki dan tapak Re:Flex Foam+ iaitu bahan buih kitar semula yang menawarkan tindak balas lebih pantas dan ringan berbanding generasi sebelumnya.

Project Amplify merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk mengurangkan sisa pembuatan dan pelepasan karbon menjelang 2030. Walaupun tiada tarikh jualan rasmi diumumkan setakat ini, sumber dalaman menjangkakan koleksi pertama di bawah Project Amplify akan diperkenal kepada pasaran global pada separuh pertama tahun 2026.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kasut Nike terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nike

Exit mobile version