Site icon TechNave BM

Nikmati diskaun sehingga RM470 dalam promosi HUAWEI Malaysia September Fiesta

Bermula hari ini sehingga 9 September 2021, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan promosi istimewa iaitu HUAWEI September Fiesta di mana pelbagai jenis gajet akan dijual pada harga diskaun. Gajet yang terlibat termasuklah tablet MatePad, jam tangan pintar Watch GT, komputer riba MateBook, fon telinga FreeBuds, telefon pintar dan banyak lagi.

Antara diskaun yang paling menarik adalah untuk komputer riba MateBook di mana ia menerima potongan diskaun sehingga RM470. Selain harga diskaun, beberapa produk juga akan disertakan dengan hadiah percuma seperti beg dan botol termos. Berikut adalah senarai produk HUAWEI yang terlibat dalam promosi ini:

ProdukHarga asal (RM)Harga diskaun (RM)Hadiah percuma
HUAWEI Band 6219189 
HUAWEI WATCH GT 2 (Rose Gold)899559Botol termos berwarna putih
HUAWEI WATCH GT 2 Pro1199999 
HUAWEI WATCH GT 2 46mm (Black)799699 
HUAWEI FreeBuds 4599549 
HUAWEI FreeBuds 4i379249 
HUAWEI nova 7i899799 
HUAWEI Matebook D14 i32,6992,299Beg (bernilai RM199)
HUAWEI Matebook D14 i3 + WS52002,8682,398Beg + hadiah hiburan (bernilai RM388)
HUAWEI MatePad Pro2,3991,999 
HUAWEI MatePad 10.4-inch1,3991,099 
HUAWEI MatePad T10 2GB+32GB (Deep Sea Blue)799499 

Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli produk HUAWEI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version