Site icon TechNave BM

Nikmati prestasi laju dan bateri tahan lama dengan Samsung Galaxy A02 dan Galaxy A02s!

Pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, telefon pintar menjadi peranti yang sangat penting untuk kehidupan seharian dalam melakukan tugasan bekerja dari rumah, belajar secara dalam talian, mengakses aplikasi MySejahtera dan banyak lagi keperluan lain. Oleh yang demikian, telefon pintar dengan prestasi yang pantas adalah sesuatu yang pasti akan memudahkan hidup anda.

Sebab itulah anda perlu dapatkan telefon pintar Samsung Galaxy A02 atau Samsung Galaxy A02s yang lebih daripada mampu untuk mengoperasikan pelbagai aplikasi terkini. Galaxy A02 dilengkapi RAM sebanyak 3GB jadi anda boleh buka pelbagai aplikasi secara serentak dan prestasi telefon masih kekal pantas. Anda tidak akan mempunyai masalah jika ingin bertukar-tukar menggunakan pelbagai aplikasi daripada WhatsApp, Zoom, Shopee, MySejahtera atau ke mana-mana aplikasi penting.

Jika anda inginkan prestasi yang lebih laju untuk tujuan multi-tugas (multitasking), Galaxy A02s dilengkapi RAM 4GB yang bukan sahaja boleh mengoperasikan pelbagai aplikasi terkini, malah mampu untuk mengendalikan aplikasi yang lebih berat pada tahun-tahun akan datang.

Walaupun begitu, prestasi yang pantas tidak begitu bermakna jika bateri telefon tidak mampu bertahan lama. Kapasiti bateri merupakan antara spesifikasi yang perlu diutamakan sewaktu membeli telefon pintar, lebih-lebih lagi jika anda sering menggunakan telefon dalam tempoh yang lama untuk tugasan anda.

Dengan Samsung Galaxy A02 dan Samsung Galaxy A02s, anda tidak perlu risau lagi kerana bateri 5,000mAh dalam kedua-dua telefon tersebut mampu bertahan sehingga lebih daripada sehari. Malah jika anda menggunakan telefon ini untuk tugasan asas sahaja, tidak mustahil jika ia bertahan sehingga dua hari.

Untuk Galaxy A02s pula, baterinya menyokong pengecasan pantas 15W agar anda tidak perlu tunggu lama untuk mengecas baterinya sehingga penuh. Ia pasti sangat membantu buat anda yang begitu sibuk untuk melakukan pelbagai tugas seharian.

Bagi memudahkan anda untuk memiliki salah satu daripada dua telefon hebat ini, anda boleh memilikinya dengan harga yang murah melalui langganan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle. Melalui pakej ini, anda boleh memiliki Samsung Galaxy A02 secara percuma atau Samsung Galaxy A02s dengan harga serendah RM95 sahaja.

Jika anda masih menggunakan telefon yang hanya boleh dihubungkan dengan rangkaian 3G, inilah masanya untuk anda dapatkan Galaxy A02 atau Galaxy A02s agar anda boleh memanfaatkan penggunaan rangkaian 4G. Di samping itu, anda juga tidak akan mengalami sebarang masalah apabila rangkaian 3G bakal ditamatkan pada akhir tahun ini.

Memahami keperluan pengguna untuk memiliki telefon pintar 4G mampu milik yang sangat diperlukan dalam situasi pandemik pada masa ini, Samsung dan Digi memberi tawaran khas buat pengguna kumpulan B40 untuk mendapatkan Galaxy A02 atau Galaxy A02s dengan menebus rebat peranti RM300 melalui program Jaringan Prihatin.  Jangan lupa semak kelayakan sebelum menebus tawaran ini di https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm .

Telefon seperti Galaxy A02 dan Galaxy A02s dapat membantu pengguna dalam kalangan B40 untuk menjana wang melalui perniagaan dalam talian, selain ia juga boleh digunakan untuk Pembelajaran dan Pengajaran Dari Rumah (PdPR) kerana ia bukan sahaja telefon mampu milik tetapi ia mempunyai prestasi yang baik untuk melakukan tugasan harian.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version