Site icon TechNave BM

Nikmati promosi Samsung Galaxy Z Series Bundle dengan hadiah percuma mulai 23 November ini

Nikmati musim cuti ini dengan menaik taraf kepada Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 serta fon telinga yang paling bergaya mulai 23 November hingga 31 Disember 2021. Samsung Malaysia menawarkan promosi Galaxy Z Series Bundle yang penuh dengan ganjaran menarik.

Dengan setiap pembelian Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G, pelanggan layak untuk menebus hadiah percuma yang terdiri daripada satu Galaxy Z Fold3 Flip Cover dengan Pen atau Galaxy Buds2. 

Berikut adalah langkah untuk mendapatkan pakej eksklusif:

Langkah 1: Buat pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G atau Samsung Galaxy Z Flip3 5G di kedai yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Tebus hadiah anda iaitu Samsung Galaxy Z Fold3/ Flip3 Cover dengan Pen atau Samsung Galaxy Buds2, serta-merta selepas pembelian model peranti pilihan.

Anda boleh lawati laman web rasmi Samsung untuk tahu lebih jelas mengenai promosi Galaxy Z Series Bundle ini. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version