Site icon TechNave BM

Nikmati tawaran Xiaomi musim cuti dan menangi Mi TV P1 43” bermula 26 November ini

Xiaomi telah mengumumkan tawaran musim cuti dari 26 November 2021 hingga 2 Januari 2022 untuk telefon pintar terbaharu Xiaomi dan produk AIoT di semua kedai rasmi Xiaomi serta pengedar sah di seluruh negara. Pelanggan berpeluang membawa pulang Mi TV P1 43” dan banyak hadiah percuma lain.

Lima pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi Mi TV P1 43” bernilai RM 1,799. Pemenang akan diumumkan di halaman Facebook Xiaomi Malaysia pada 8 Januari 2022. 

Untuk memenangi Mi TV, anda perlu ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Beli mana-mana telefon Pintar Xiaomi dan/atau produk AIoT terpilih

Langkah 2: Lukis kad hadiah pada pokok Krismas (dalam kedai) dan tebus hadiah anda di kaunter juruwang

Langkah 3: Kumpul semua 3 Krismas Xiaomi Bunnies yang berbeza, ambil gambar dan kongsikannya pada profil Facebook anda dengan kapsyen di bawah dan tambahkan pagar #XiaomiHoliday #XiaomiMalaysia

“Raikan percutian ini dengan Xiaomi kerana ___________ (lengkapkan ayat)”

Berikut merupakan tawaran istimewa Xiaomi sempena cuti umum:

ProdukHarga Normal Tawaran IstimewaHadiah Percuma
Xiaomi 11T (8+128GB)RM 1,699Mi True Wireless Earphones 2 Basic (bernilai RM 139) + Baucar RM50 KFC 
Xiaomi 11T (8+256GB)RM 1,899
Xiaomi 11 Lite 5G NE (8+256GB)RM 1,599Baucar RM30 KFC
Xiaomi 11 Lite 5G NE (8+128GB)RM 1,399Baucar RM30 KFC
Redmi Note 10S (8+128GB)RM 899Baucar RM30 KFC
Mi TV Q1 75”RM 7,999RM 7,799Baucar RM30 KFC
Mi TV P1 55”RM 2,499RM 1,999Baucar RM20 KFC
Mi TV P1 43”RM 1,799RM 1,499Baucar RM20 KFC
Mi TV P1 32”RM 999RM 899Baucar RM20 KFC
Mi WatchRM 469Baucar RM10 KFC
Mi Smart Band 6RM 189Baucar RM10 KFC
Redmi Buds 3 Pro RM 239Baucar RM10 KFC
Redmi Buds 3RM 139Baucar RM10 KFC

Xiaomi turut mengadakan jerayawara (roadshow) di IOI City Mall, Putrajaya bermula dari 5 Disember 2021. Pembeli dapat melihat Siri 11T Xiaomi terkini dan produk AIoT popular lain oleh Xiaomi. Tidak dilupakan pengunjung diwajibkan mematuhi garis panduan SOP, memakai topeng dan amalkan penjarakan sosial yang selamat.

Anda boleh lawati Facebook Xiaomi untuk tahu lebih lanjut mengenai tawaran ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version