Site icon TechNave BM

Nikmati WiFi 4G tanpa had Maxis percuma sementara menunggu pemasangan Maxis Fibre

Kami tahu bahawa anda pasti sudah sedia maklum mengenai pelan-pelan Internet yang boleh dipasang di rumah anda. Namun, sementara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan, tiada urusan pemasangan boleh dilakukan. Kali ini, Maxis menawarkan Internet tanpa had 4G percuma sementara anda menunggu pemasangannya. Pelan daripada Maxis Fibre ini hadir tanpa caj tambahan sehinggalah pemasangan telah berjaya dilakukan.

Sebelum menikmati WiFi 4G percuma ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Anda perlu memilih mana-mana pelan yang anda rancang untuk langgan. Pelan ini bermula dengan harga serendah RM89/bulan.

Untuk pengetahuan anda, selepas anda mendaftar, pihak Maxis akan menghantar dongle dan kad SIM sementara untuk membekalkan akses WiFi percuma tersebut. Internet percuma sementara ini hanya berlangsung maksimum selama 2 bulan sahaja atau sejurus selepas pemasangan berjaya dilakukan. Anda boleh membaca terma dan syaratnya di sini. Jika anda berminat, anda boleh mendaftarnya di sini.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan Internet terkini.

Sumber: Maxis

Exit mobile version