Site icon TechNave BM

Nikon Malaysia akan tamatkan operasi selamanya bermula tahun 2021

Terkini, Nikon Malaysia telah memuat naik siaran di laman Facebook dan laman web rasminya menyatakan bahawa operasinya di Malaysia bakal ditamatkan bermula pada 1 Januari 2021. Namun, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. ini masih akan beroperasi seperti biasa sehingga 31 Disember 2020.

Untuk peminat dan industri fotografi di Malaysia, perkara ini sebenarnya bukanlah perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini Nikon majoritinya diedar secara sah oleh Futuromic Photo AV Sdn. Bhd. dan QES (Asia Pacific) Sdn. Bhd.

Apa pun, bermula tahun depan Futuromic Photo AV Sdn. Bhd. akan dilantik sebagai pengedar sah untuk pemasaran, jualan atau servis selepas jualan dan aktiviti untuk produk Nikon. Sementara itu, QES (Asia Pacific) Sdn. Bhd. pula akan kekal sebagai pengedar untuk industri ini.

Adakah anda peminat jenama Nikon? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nikon

Gambar ihsan NikonClub.com.my

Exit mobile version