Ninja Van Malaysia hari ini memperkenalkan 44 laluan penghantaran antarabangsa baharu yang secara tidak langsung membolehkan perniagaan tempatan termasuk PKS menghantar produk ke 46 destinasi global di Asia Pasifik, Amerika Utara, Amerika Latin, Timur Tengah dan Eropah.
Perkhidmatan ini ditawarkan sebagai pilihan paling berpatutan di pasaran dengan kadar lebih rendah berbanding penyedia konvensional. Harga penghantaran bermula serendah RM30 dengan anggaran tempoh tujuh hingga 12 hari.
Pengirim boleh menguruskan penghantaran domestik dan antarabangsa menerusi satu papan pemuka yang sama dengan fungsi pesanan pukal, bantuan dokumentasi kastam, bil udara automatik dan perkhidmatan pintu ke pintu lengkap dengan penjejakan masa nyata.
Pelancaran ini hadir seiring pertumbuhan e-dagang tempatan yang diunjur berkembang 14% setahun kepada RM36.2 bilion menjelang 2027 dengan lebih 1.51 juta perniagaan telah menyertai sektor tersebut sejak 2016. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

