Site icon TechNave BM

Ninja Van Malaysia tingkatkan strategi Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam pasaran digital

Ninja Van Malaysia menganjurkan perbincangan panelnya bertajuk ‘Memenuhi Permintaan Pengguna Moden’ dengan kerjasama Signature Market, EasyStore, dan PayRecon. Sesi ini bertujuan untuk memberikan pandangan holistik tentang penyelesaian dan strategi yang membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berkembang dalam pasaran digital.

Kajian yang dijalankan oleh Ninja Van Group dan DPDgroup, 94% daripada pengguna dalam talian di Malaysia sudah mula membeli-belah di seluruh Asia. Di Malaysia sahaja, 93% pengguna berkongsi maklum balas dalam talian mereka tentang produk yang dibeli manakala 83% memilih jenama berdasarkan pengaruh media sosial.

Ketua Jualan dan Perkongsian di Ninja Van Malaysia, Fariz Maswan mengatakan PKS mesti memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan, menyelaraskan proses dan menyesuaikan diri dengan perubahan tingkah laku pengguna dengan lebih cepat. Ninja Van bermatlamat memberi sokongan dengan menyediakan penyelesaian logistik komprehensif untuk memenuhi keperluan dan permintaan pengguna mereka.

Inisiatif Fantastic Service Recovery turut dijalankan untuk melibatkan ekosistem produk dan proses awan baharu dalam menyelesaikan isu berkaitan bungkusan dengan cekap. Terdapat satu ciri iaitu NinjaChat yang merupakan sistem pemesejan sosial AI yang membolehkan pengirim mengurus pesanan pelanggan dan memantau penghantaran pada berbilang platform media sosial.

Menurut Sean Chew, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di PayRecon, mereka telah memerhatikan pertumbuhan stabil penjual sosial di TikTok Shop. Mereka akan terus membangunkan penyelesaian perisian untuk membantu penjual meningkatkan dan menjalankan perniagaan mereka dengan lebih cekap.

Oleh itu, Logistics+ oleh Ninja Van membantu PKS menavigasi rangkaian pembekal, rakan kongsi pembuatan, pembekal pengangkutan dan penyedia perkhidmatan kewangan. 30,000 PKS di Asia Tenggara mendapat manfaat daripada Logisitcs+ dalam membangunkan logistik, ekosistem produk dan perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan yang disertakan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version