Site icon TechNave BM

Ninja Van minta rakyat Malaysia berwaspada dengan mesej “scam” yang menyamar sebagai pekerjanya

Syarikat kurier Ninja Van Malaysia ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap lambakan mesej palsu (scam) yang menyamar sebagai para pekerja atau wakil sah daripada Ninja Van.

Kebanyakan mesej palsu ini akan dihantar kepada mana-mana nombor rakyat Malaysia secara rawak melalui aplikasi WhatsApp. Mesej-mesej ini dihantar menggunakan nombor telefon tempatan dan kononnya mengandungi maklumat tentang barang yang ingin dihantar kepada penerima mesej.

Mesej ini juga mengandungi pautan (link) yang jika ditekan, akan memuat turun fail yang meragukan seperti fail APK ke dalam telefon penerima mesej. Fail ini sangat berbahaya dan boleh membocorkan data dalaman kepada pihak scammer.

Contoh mesej palsu yang menyamar sebagai wakil Ninja Van

Ninja Van mengingatkan orang ramai bahawa mereka tidak pernah menyuruh pelanggan untuk memuat turun sebarang fail untuk membuat pengesahan barang. Syarikat itu menggesa orang ramai supaya mengendahkan mesej-mesej yang mencurigakan dan jangan klik pada sebarang fail atau pautan dalam mesej tersebut.

Ninja Van hanya akan menghubungi pelanggan melalui saluran rasmi seperti sistem permesejan rasminya NinjaChat, akaun WhatsApp Business yang diiktiraf atau e-mel yang datang daripada alamat yang berakhir dengan ninjavan.co.

Selain itu, Ninja Van menasihati orang ramai supaya hanya memuat turun aplikasi secara selamat daripada platfrom Google Play Store dan Apple App Store.

Jika anda menerima mesej-mesej palsu yang menyamar sebagai pekerja Ninja Van, sila maklumkan kepada:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version