Site icon TechNave BM

Nintendo berhenti membaiki konsol Wii pada bulan Mac

Marwan Elgamal, from Wembley at HMV Oxford street where he was the first person to purchase the new Nintendo Wii game console.

Nintendo Wii menjadi fenomena sejak ianya dilancarkan pada tahun 2006, dengan penjualan lebih daripada 101 juta konsol sepanjang jangka hayatnya.

Kini, bertahun-tahun selepas ia digantikan oleh Wii U dan kemudian Switch, Nintendo mengumumkan bahawa ia tidak lagi menjalankan perkhidmatan untuk membaiki model Wii yang rosak di Jepun dan akan berhenti menerima unit baru mulai 31 Mac.

Sumber gambar dari google

Mengikut kenyataan dari syarikat itu, semakin sukar mendapatkan jaminan pada alat ganti untuk membaiki program. Itulah sebabnya Nintendo mengambil keputusan menetapkan tidak akan membaiki konsol yang rosak selepas 15 tahun ianya dilancarkan.

Walau bagaimanapun ia juga turut memberitahu usaha untuk membaiki konsol Wii akan berhenti tidak lama lagi jika alat ganti kehabisan stok.

Adakah anda antara peminat game Nintendo ini? Kongsi pengalaman anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : endgadget

Exit mobile version