Site icon TechNave BM

Nintendo: Jangan cas Nintendo Switch dengan kabel USB telefon pintar

Nintendo Switch adalah antara konsol gaming mudah alih yang paling popular pada waktu ini, namun pengguna masih perlu berhati-hati jika mereka ingin menggunakan aksesori pihak ketiga dengan konsol itu.

Terbaharu, Nintendo mengingatkan pengguna bahawa mereka perlu menggunakan kabel USB khas untuk mengecas Nintendo Switch dan bukan kabel USB sembarangan. Walaupun konsol itu mempunyai port USB-C, kabel USB yang tidak diiktiraf oleh Nintendo seperti kabel telefon pintar boleh merosakkan peranti itu.

Kenyataan Nintendo di Twitter

Selain itu, Nintendo mengingatkan pengguna untuk selalu mengecas konsol Switch mereka. Syarikat elektronik Jepun itu menggalakkan pengguna untuk mengecas Switch sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version