Site icon TechNave BM

Nintendo mengumumkan warna Switch Lite baharu bertemakan ‘Color of the Year for 2019’

Selepas beberapa bulan dari tarikh keluaran Nintendo Switch Lite, peranti permainan kompak ini membuat pembaharuan penambahan warna baru pada varian tersebut dengan pelbagai pilihan yang dinamakan ‘Coral ‘.

Warna baru ini mungkin diinspirasikan dari pilihan warna Pantone yang bertemakan Color of the Year for 2019. Ada juga yang mengatakan bahawa warna itu benar-benar diilhamkan sempena musim bunga (cherry blossom). Selain daripada Nintendo Switch Lite, kami juga melihat warna ‘Coral‘ ini digunakan pada Apple iPhone XR.

Terdahulu, kita telah diperlihatkan dengan versi terbaru untuk Nintendo Switch iaitu Animal Crossing: New Horizons yang telah menjadi bualan di Internet. Sekarang, kita dapat lihat hasil perubahan untuk Switch Lite dan ianya tidak ditangguhkan seperti beberapa produk Nintendo lain yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

Anda boleh membuat pra-tempahan untuk warna baru Nintendo Switch Lite ini bermula dari 7 Mac dan ianya akan dihantar dari Jepun pada 20 Mac.

Apakah pandangan anda mengenai warna-warna terbaru Nintendo Switch Lite ini? Beritahu kami di halaman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk mendapatkan berita lebih banyak lagi.

Sumber : THE VERGE

Exit mobile version