Site icon TechNave BM

Nintendo mungkin lancar Nintendo Switch versi baru hujung tahun ini, dilengkapi skrin 7 inci OLED

Nintendo telah menjadi jenama kegemaran ramai gamers selepas mereka melancarkan konsol hibrid mereka, Nintendo Switch pada tahun 2016 yang lalu. Terbaru, Nintendo kini dikhabarkan akan melancarkan versi naik taraf untuk konsol Switch mereka pada hujung tahun ini.

Nintendo Switch versi baru ini mungkin akan hadir dengan skrin 7 inci OLED, berbeza dengan skrin 6.2 inci LCD pada Switch dan skrin 5.5 inci LCD pada Switch Lite. Namun, resolusi skrin pada konsol mudah alih mereka dikatakan masih kekal sama pada 720P sahaja. Ini tidak mengejutkan kerana kebanyakan game yang dihasilkan oleh Nintendo sendiri masih lagi mempunyai resolusi yang rendah sahaja.

Yang menarik, konsol versi baru ini dikhabarkan mampu menawarkan grafik sehingga 4K jika disambungkan kepada televisyen atau monitor. Penggunaan skrin jenis OLED dan resolusi 720P pada konsol baru ini mungkin untuk menjaga ketahanan baterinya.

Saiz Nintendo Switch dan Switch Lite

Sumber tidak menyatakan tarikh sebenar pelancaran konsol baru ini tetapi ia dikhabarkan akan memasuki pasaran pada hujung tahun ini.

Adakah anda berminat dengan konsol baru Nintendo ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : TheVerge

Exit mobile version