Site icon TechNave BM

Nintendo + PlayStation = Nintendo PlayStation versi prototaip untuk dijual dengan harga RM1 juta

Adakah anda membaca tajuk berita ini berkali-kali? Kami juga membacanya lebih daripada sekali apabila berita ini ditemui. Sumber melaporkan terdapat Nintendo PlayStation yang dijual pada sebuah laman web lelong Heritage Auctions dengan harga $360,000 (~RM1,501,704).

Menurut laman web lelong tersebut, peranti tersebut dikatakan prototaip terakhir yang tinggal daripada cubaan Sony dan Nintendo yang tidak berhasil. Mereka juga menyatakan bahawa unit ini masih berfungsi dan pernah dimiliki oleh Olaf Olafsson (pernah bekerja bersama Sony, kemudian beralih ke Advanta). Advanta dikatakan mengalami bankrupsi dan mula menjual pelbagai aset termasuk lah prototaip ini.

Namun, kami tidak mengetahui kesahihan maklumat yang diberikan oleh laman web lelong tersebut. Apa pun, Nintendo PlayStation ini hadir bersama CD-ROM, port headphone dan controller dengan lambang Sony PlayStation. Mungkinkah peranti ini sudah wujud pada tahun 1990-an yang lepas?

Beritahu pendapat anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version