Site icon TechNave BM

Nintendo Switch 4K mungkin sedang dibangunkan, dijangka dilancar selepas tahun 2022

Laporan dari Bloomberg mengatakan kekurangan cip dalam pasaran global menyebabkan kegagalan Nintendo untuk melancarkan model Switch Pro yang mana ia akan meningkatkan prestasi perkakasan menggunakan Nvidia untuk memberi pengalaman skrin beresolusi 4K.

Bagi menyokong laporan tersebut, 11 pembangun aplikasi game dan diantaranya adalah Zynga telah menerima kit pengembangan Nintendo Switch 4K. Bloomberg mendakwa pihaknya mendapat khabar berita dari Nintendo bahawa mereka perlu mencipta permainan resolusi tinggi. Namun, laporan ini dikatakan tidak tepat kerana tidak begitu spesifik.

Para wartawan lebih cenderung akan masalah rantaian bekalan dan mengenal pasti komponen yang diperlukan oleh Nintendo yang telah ditempah sehingga tahun 2025. Bloomberg turut menyatakan sekiranya terdapat peningkatan model, ia tidak akan dijual sehingga akhir tahun 2022.

Kami mengharapkan Nintendo untuk menawarkan penggunanya dengan skrin paparan OLED, bezel yang nipis, posisi diri yang lebih baik dan skrin yang lebih jelas. Komen di Facebook kami dan tunggu berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: The Verge

Exit mobile version