Site icon TechNave BM

Nintendo Switch OLED akan dilancar di Malaysia pada 8 Oktober 2021, berharga RM1,699

Konsol gaming mudah alih Nintendo Switch OLED telah pun diperkenalkan secara antarabangsa pada bulan Julai lalu dan kini para peminat Nintendo di Malaysia boleh menantikan peranti tersebut yang akan dilancar di sini pada hari Jumaat, 8 Oktober 2021.

Nintendo Switch OLED akan dijual pada harga RM1,699. Setakat ini masih tiada maklumat tentang senarai kedai di Malaysia yang akan menawarkan peranti tersebut.

Selain Malaysia, peranti ini akan turut dilancar pada hari yang sama di Filipina dan Singapura. Nintendo Switch OLED menampilkan beberapa penambahbaikan daripada Switch asal, seperti skrin OLED berukuran 7 inci, storan 64GB, mutu audio yang lebih jelas dan sokongan untuk kabel Ethernet LAN.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli konsol mudah alih ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gamerbraves

Exit mobile version