Site icon TechNave BM

Nintendo Switch OLED Model dilancar: Skrin OLED yang lebih cantik dan besar berharga ~RM1,455

Nintendo telah melancarkan sebuah naik taraf untuk konsol gaming mudah alihnya iaitu Nintendo Switch OLED Model yang menampilkan skrin OLED baru dan lebih besar berbanding Switch sebelum ini.

Skrin sentuh OLED dalam konsol ini berukuran 7 inci, iaitu lebih besar berbanding skrin 6.2 inci dalam Switch asal. Ia juga dilengkapi tongkat yang lebih lebar dan boleh menegakkan Switch dalam pelbagai sudut sewaktu digunakan dalam mod Tabletop.

Selain itu, ia dilengkapi port LAN untuk memudahkannya dihubungkan kepada internet menggunakan kabel. Untuk storan dalaman, ia mempunyai kapasiti 64GB.

Nintendo Switch OLED Model akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 8 Oktober dengan harga USD349.99 (~RM1,455). Ia akan ditawarkan dalam warna putih namun Nintendo mungkin akan menghasilkan lebih banyak warna pada masa akan datang.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version