Site icon TechNave BM

Nintendo Switch Pro bakal guna cipset 8nm dengan kod nama ‘Dane’!

Nintendo dikhabarkan akan melancarkan konsol terbaru mereka iaitu Nintendo Switch Pro dalam beberapa bulan akan datang. Sehingga kini, terdapat pelbagai khabar angin mengenainya telah muncul dalam talian. Terbaru, butiran mengenai cipsetnya pula telah tertiris.

Mengikut sumber, konsol baru Nintendo ini akan dikuasai oleh cipset dengan kod nama ‘Dane’. NVIDIA sudah terbiasa meletakkan nama kod cip mereka dengan nama karakter dari filem Marvel. ‘Dane’ itu merujuk kepada Dane Whitman iaitu karakter yang bakal muncul dalam filem Eternals tidak lama lagi.

Nintendo Switch

Cipset ‘Dane’ ini dikhabarkan adalah bersaiz 8nm dan ianya adalah perubahan besar kepada cipset 20nm yang digunakan oleh Nintendo Switch asal. Ini bermakna Nintendo Switch Pro akan hadir dengan kuasa yang lebih tinggi dan lebih cekap.

Nintendo Switch Pro ini dikatakan akan memasuki pasaran pada tahun hadapan.

Nantikan berita lanjut mengenai konsol baru Nintendo ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version