Site icon TechNave BM

Nintendo Switch Pro dengan sokongan 4K mungkin akan dilancar hujung tahun 2021

Nintendo Switch telah menjadi antara konsol gaming yang digemari ramai sejak ia dilancarkan 4 tahun yang lalu. Kini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa mereka mungkin akan melancarkan versi baru Nintendo Switch Pro yang menyokong kualiti game setinggi 4K.

Sumber juga memberitahu Nintendo Switch Pro akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Namun, sehingga kini, Nintendo tidak mengesahkan sebarang tarikh pelancaran atau kehadiran consol baru dari mereka.

Beberapa bulan yang lepas, eksekutif Nintendo menyatakan Nintendo Switch Lite masih lagi mendapat bilangan jualan yang baik dan mereka tidak perlu untuk menghasilkan konsol yang baru dalam masa yang terdekat.

Nintendo Switch Lite

Manakala pemimpin industri gaming, Nate Drake menyatakan bahawa beliau yakin Nintendo Switch Pro akan memasuki paparan pada hujung tahun ini.

Apa pun, mari kita tunggu dan lihat apa yang Nintendo bakal lancarkan pada tahun ini.

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version