Site icon TechNave BM

Nintendo Switch turut terkesan dengan penularan wabak coronavirus

Terdahulu, wabak Coronovirus telah menyebabkan Apple, Facebook, Razer dan LG mengehadkan lawatan pekerja ke negara China disebabkan penularan virus tersebut. Apple juga mengakui bahawa terdapat kesan kepada penjualan produk mereka.

Terkini, Nintendo juga menyatakan bahawa penularan wabak ini mungkin memberi kesan kepada produksi Switch. Walaupun Nintendo tidak mengulas lanjut tentang kesan kepada Nintendo Switch, tetapi sudah kita sedia maklum Coronavirus ini member kesan kepada semua aspek termasuk ekonomi dan teknologi.

Adakah anda rasa virus ini akan berhenti menular? Luahkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: cnet

Exit mobile version