Site icon TechNave BM

Nintendo tamatkan log masuk Facebook & Twitter, tiada perkongsian imej pada Wii U & 3DS

Nintendo menamatkan sokongan untuk log masuk dan penciptaan akaun melalui Twitter atau Facebook (melalui Eurogamer). Mulai 25 Oktober, anda perlu log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan akaun Nintendo, akaun Google atau Apple anda.

Jika anda diminta untuk log masuk semula walaupun dasar baharu telah bermula, hanya masukkan alamat e-mel atau nama akaun Nintendo anda untuk log masuk. Anda juga boleh menggunakan akaun Google atau Apple setelah memautkan akaun Nintendo anda.

Cara ini turut memudahkan untuk menambah rakan kerana Nintendo boleh mendapatkan pengguna berpotensi daripada mana-mana akaun. Tetapi sejak Nintendo mengemas kini aplikasi mudah alih Switch Online, anda tidak memerlukan Twitter atau Facebook untuk menyelaraskan proses tersebut.

Selain itu, Nintendo mengumumkan bahawa ia akan menyingkirkan perkongsian imej pada Wii U dan Nintendo 3DS bermula pada tarikh yang sama. Ini bermakna anda tidak boleh menyiarkan imej ke Twitter atau Facebook melalui mana-mana peranti. Bagi imej atau komen yang disiarkan selepas pemberhentian akan kekal tersedia di Twitter atau Facebook. 

Nintendo secara perlahan-lahan memotong ciri untuk 3DS dan Wii U dengan eShop pada 27 Mac 2023. Masih tidak jelas sama ada anda masih boleh berkongsi imej secara langsung daripada Switch ke Twitter atau Facebook.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version