Site icon TechNave BM

Nod TM di Pulau Pinang terbakar, mungkin jejaskan internet di kawasan berhampiran

TM Group hari ini memaklumkan bahawa sebuah nod TM di Seberang Jaya, Pulau Pinang telah terbakar pada tengah malam tadi. Nod ini menyediakan sambungan backhaul untuk pelbagai penyedia rangkaian mudah alih di kawasan itu.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran yang bermula pada pukul 12:07 tengah malam itu dan pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran. Berikutan kejadian ini, perkhidmatan internet di Seberang Jaya dan beberapa lokasi di Pulau Pinang mungkin akan terjejas dalam masa terdekat.

Pihak TM masih menyelidik kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran ini dan sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas. Selain itu, punca kebakaran juga masih belum dikenal pasti.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version