Site icon TechNave BM

Nokia 215 & Nokia 225 dilancar, tampilkan rekaan telefon pintar asas bermula ~RM180

Nokia telah melancarkan dua telefon kelas permulaan di China iaitu Nokia 215 4G dan Nokia 225 4G. Kedua-dua telefon ini mempunyai rekaan telefon pintar klasik, lengkap dengan butang nombor (numpad) fizikal dan badan luaran yang dibuat daripada plastik polikarbonat.

Kedua-dua telefon mempunyai spesifikasi dalaman yang hampir serupa seperti skrin 2.4 inci, sokongan untuk panggilan Voice-over LTE (VoLTE), radio FM, lampu suluh LED dan ruangan kad memori microSD. Walau bagaimanapun, Nokia 225 mempunyai kamera VGA di belakangnya manakala Nokia 215 tidak mempunyai kamera. Selain itu, Nokia 225 juga mempunyai cipset yang mempunyai kecekapan lebih tinggi dalam penggunaan bateri.

Nokia 215 4G akan mula dijual di China bermula 14 Oktober dengan harga CNY289 (~RM180) manakala Nokia 225 4G akan dijual pada 17 Oktober dengan harga CNY349 (~RM216). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Tentunya ini adalah telefon yang amat sesuai digunakan sebagai telefon pertama oleh golongan remaja atau kanak-kanak manakala buat peminat lama Nokia, ia mungkin mengimbau kembali kenangan Nokia 3310. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Nokia asas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo (1|2)

Exit mobile version