Site icon TechNave BM

Nokia 3.4 bakal hadir di Malaysia: Cip Snapdragon, 3 kamera, sokong Android 11

Pada bulan Spetember lalu, HMD Global telah mengumumkan barisan peranti Nokia baharu iaitu Nokia 8.3 5G, Nokia 3.4 dan Nokia 2.4. Pengedar sah di Malaysia untuk HMD Global yang mengeluarkan peranti Nokia dilihat memuat naik video dan menyatakan bahawa Nokia 3.4 bakal hadir di pasaran Malaysia secara rasmi.

Setakat ini, kami tidak mempunyai maklumat jika spesifikasi Nokia 3.4 di pasaran luar negara sama dengan Nokia 3.4 yang akan dilancar di pasaran Malaysia. Spesifikasi Nokia 3.4 di pasaran AS terdahulu dijana cipset Snapdragon 460, paparan HD+ 6.39 inci, pilihan RAM 3GB/4GB (boleh ditambah sehingga 512GB), kamera utama 13MP + 5MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Peranti ini hadir dengan sokongan Android 10 yang boleh dinaik taraf kepada Android 11 jika sudah tersedia.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/11/126824691_191379695800829_4007823405334457504_n.mp4

Menurut pengedar sah peranti Nokia di Malaysia Macpie Distibution, peminat boleh membeli peranti Nokia secara dalam talian iaitu Macpie Store, Shopee dan Lazada.

Kami akan memaklumkan maklumat lanjut mengenai peranti ini seperti harga dan tarikh pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Kongsikan pendapat anda terhadap Nokia 3.4 di laman Facebook kami.

Semak berita lepas mengenai peranti Nokia disini!

Sumber: Macpie Distribution

Exit mobile version