Site icon TechNave BM

Nokia 3.4 dilancar di Malaysia: Snapdragon 460, 3 kamera AI, sokong Android 11 berharga RM599

Terkini, HMD Global telah melancarkan peranti kelas permulaan Nokia 3.4 di pasaran Malaysia. Peranti ini pada mulanya telah dilancar di pasaran luar negara bersama Nokia 2.4 dan Nokia 8.3 5G.

Antara spesifikasi menarik yang ada pada Nokia 3.4 adalah janaan cipset kelas permulaan Qualcomm Snapdragon 460 dan tetapan tiga kamera AI utama. Ia juga bakal menyokong Android 11 dan dilengkapi teknologi Bateri Adaptif yang boleh menjimatkan kuasa bateri anda. Anda boleh menyemak spesifikasinya di pautan ini atau seperti di bawah.

Nokia 3.4 berwarna Charcoal boleh didapati secara dalam talian di semua platform e-dagang Nokia; Macpie, Shopee dan Lazada bermula 12 Disember ini, manakala pada 16 Disember secara luar talian. Anda juga layak mendapat satu botol minuman khas filem No Time To Die percuma dengan pembelian Nokia 3.4 di mana-mana platform e-dagang Nokia. Pelanggan RedOne juga boleh mendapatkan Nokia 3.4 pada harga serendah RM68.

Adakah anda berminat dengan Nokia 3.4? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version