Site icon TechNave BM

Nokia 3650 bakal dilahirkan semula sebagai telefon baru, spesifikasi baru

Jika anda mengikuti perkembangan jenama telefon pintar Nokia yang dikeluarkan HMD Global, anda pasti tahu bahawa syarikat tersebut sudah beberapa kali melahirkan semula telefon pintar klasiknya. Terkini, Nokia 3650 yang telah hadir pada tahun 2003 bakal diberi nafas baharu.

Menurut sumber, Nokia 3650 atau 2003 Symbian Series 60 ini bakal dikeluarkan semula dan mungkin dilengkapi beberapa spesifikasi baharu. Peranti ini dahulunya hadir dengan skrin 2.1 inci, kamera VGA dan bateri 850mAh.

Ia juga hadir dengan rekaan bawah berbentuk bulat yang menarik, bersama papan kekunci yang juga berbentuk bulat. Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat jika peranti ini bakal hadir dengan rekaan yang sama atau rekaan baharu.

Terdahulu, antara peranti Nokia lama yang diberi nafas baharu adalah Nokia 6300 4G dan Nokia 8000 4G. Adakah anda berminat sekiranya peranti lama Nokia hadir dan diberi nafas baru? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version