Site icon TechNave BM

Nokia 5.4 dilancar: Snapdragon 662, bateri 4,000mAh, 4 kamera berharga ~RM930

Nokia telah melancarkan telefon terbaru dalam kategori kelas pertengahan iaitu Nokia 5.4. Telefon ini dilengkapi cipset Snapdragon 662, empat kamera, bateri 4,000mAh dan skrin IPS LCD HD+ berukuran 6.39 inci.

Empat kameranya terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 5MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Sebuah pengimbas cap jari turut berada di bawah bonggol kamera. Daripada segi memori pula, ia mempunyai RAM 4GB dan storan dalaman 64GB atau 128GB yang boleh dibesarkan melalui microSD.

Nokia 5.4 terdapat dalam dua pilihan warna iaitu biru dan ungu serta dijual pada harga €189 (~RM930) di Eropah. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia namun ia akan dijual di negara-negara Asia pada masa akan datang.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version