Site icon TechNave BM

Nokia 6300 4G, 8000 4G dilancar: Snapdragon 210, pad kekunci bernombor klasik bermula ~RM238

Setelah muncul di internet sebagai khabar angin dan spekulasi, Nokia 6300 4G dan Nokia 8000 4G akhirnya dilancar secara rasmi di pasaran Eropah. Peranti Nokia dengan rekaan klasik ini diberi nafas baru seperti sokongan 4G, WiFi, Bluetooth dan lain-lain spesifikasi asas untuk sebuah telefon pintar.

Kedua-dua peranti ini memiliki spesifikasi yang sama seperti cipset Snapdragon 210, RAM 512MB dan storan 4GB yang boleh ditambah dengan microSD. Selain itu, 6300 4G dan 8000 4G memiliki bateri 15000mAh, kamera utama VGA, operasi KaiOS dan sokongan seperti bicu audio 3.5mm, FM Radio, LTE Cat 4, WiFi, Bluetooth, A-GPS dan dua nano SIM. Terdapat juga sokongan Google Assistant, Google Maps, aplikasi asas seperti WhatsApp, Facebook dan YouTube.

Perbezaannya pula dimana Nokia 6300 4G memiliki skrin 2.4 inci, manakala 8000 4G memiki skrin lebih besar 2.8 inci. Kedua-dua peranti memiliki pad kekunci bernombor klasik, tetapi sudahan seperti kaca dan bingkai tengah krom besi untuk Nokia 8000 4G.

Nokia 6300 4G hadir dengan harga 49 Euro (~RM238), manakala Nokia 8000 4G pada harga 79 Euro (~RM385) di pasaran Eropah. Setakat ini, kami masih belum ketiadaan maklumat jika ia bakal hadir di negara Malaysia.

Nokia 8000 4G
Nokia 6300 4G

Apakah pandangan anda terhadap peranti Nokia klasik yang diberi nafas baru ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nokia Mob

Exit mobile version