Site icon TechNave BM

Nokia 7.3 mungkin bakal hadir dengan sensor 64MP dan Snapdragon 765

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai HMD Global mungkin bakal menaik taraf sistem kamera penta 108MP pada keluaran flagship Nokia seterusnya, Nokia 9.3 Pureview. Kini, sumber melaporkan syarikat itu turut bakal mengeluarkan Nokia 7.3 dengan sensor kamera 64MP.

Syarikat berkenaan dikatakan sedang menguji beberapa prototaip termasuklah Nokia 7.3 yang terdiri daripada varian 5G dan bukan 5G. Untuk varian 5G, sumber menyatakan bahawa ia mungkin bakal dioperasikan Snapdragon 765 memandangkan ianya sebuah peranti kelas pertengahan.

Nokia 7.3 dilaporkan dihuni tetapan kamera quad dengan sensor 64MP berbanding versi sebelumnya, Nokia 7.2 yang mempunyai sensor utama 48MP sahaja. Berkemungkinan, barisan kamera utamanya agak sama dengan barisan kamera Nokia 8.3 5G. Kamera selfie Nokia 7.3 juga bakal dipertingkat dengan sensor 24MP atau 32MP.

Jangkaan tarikh pelancarannya adalah pada Ogos atau September ini. Nokia 7.3 bakal dilancarkan bersama flagship Nokia 9.3 Pureview yang dihuni Snapdragon 865 bersama kamera penta 108MP. Apakah harapan anda pada telefon pintar keluaran jenama ‘legend’ ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version