Site icon TechNave BM

Nokia akan lancarkan sebuah telefon 5G baharu pada 6 September 2023

Nokia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah telefon pintar 5G pada hari Rabu, 6 September 2023 di India. Syarikat itu telah memuat naik sebuah video pendek untuk peranti tersebut, namun tidak banyak yang boleh diketahui daripada video ini.

Mereka tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai peranti berkenaan. Kami meramalkan bahawa ia adalah sebuah telefon kelas pertengahan yang boleh disambungkan dengan rangkaian 5G, seperti Nokia X30 5G yang dilancar pada hujung tahun lalu.

Adakah anda berminat dengan peranti baharu Nokia ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version