Site icon TechNave BM

Nokia anjurkan acara pelancaran pada 6 Oktober, mungkin perkenalkan tablet dan Nokia G50

HMD Global telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah acara pelancaran untuk jenama Nokia pada hari Rabu, 6 Oktober 2021 dan telah berkongsi sebuah gambar awal yang mengacah produk-produk baru yang akan diperkenalkan.

Gambar tersebut memaparkan beberapa telefon klasik seperti Nokia 3310 (2018), Nokia 8110 4G, Nokia 6.2 dan Nokia XR20 yang telah disusun dalam satu barisan. Di hujung barisan tersebut adalah kotak besar berwarna putih yang mungkin melambangkan sebuah tablet oleh Nokia.

Kotak tersebut mungkin melambangkan tablet Nokia T20 yang dikhabarkan bakal dilengkapi skrin 10.36 inci, RAM 4GB, storan 64GB, cipset Unisoc dan ditawarkan dalam varian 4G atau Wi-Fi. Jika ia benar, ini bakal menjadi tablet pertama Nokia sejak Nokia N1 yang dilancar pada 2015.

Selain itu, sebuah telefon pintar kelas permulaan, Nokia G50 5G, juga dijangka akan dilancar pada hari tersebut. Ia mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 480 5G, skrin 6.8 inci Full HD+, bateri 4,850mAh dan kamera utama 48MP.

Nokia G50 5G

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet Nokia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version