Site icon TechNave BM

Nokia C12 Plus diumum, miliki skrin 6.3″ dan bateri 4,000 mAh berharga ~RM430

HMD Global telah melancarkan Nokia C12 iaitu telefon segmen permulaan pada bulan Januari dan diikuti dengan model Pro pada bulan Mac. Kini, Nokia telah menambah ahli baharu pada barisan C12 yang digelar Nokia C12 Plus. Nokia C12 Pro pada asasnya ialah C12 standard dengan bateri yang lebih besar iaitu 4,000 mAh berbanding 3,000 mAh.

Manakala C12 Plus ialah C12 Pro dengan konfigurasi memori yang berbeza. Nokia C12 Pro hadir dalam konfigurasi 2GB/64GB dan 3GB/64GB tetapi Nokia C12 Plus hadir dalam konfigurasi 2GB/32GB sahaja. Walau bagaimanapun, ia mempunyai slot kad mikroSD untuk pengembangan storan sehingga 256GB.

Nokia C12 Plus dilengkapi dengan cipset Unisoc okta-teras dan empat teras mempunyai frekuensi jam maksimum 1.6Hz. Ini menunjukkan Nokia C12 Plus dikuasakan oleh cip yang sama seperti model standard dan Pro. Spesifikasi lain termasuk skrin HD+ 6.3 inci, kamera belakang 8MP, kamera swafoto 5MP dan Android 12 (Go Edition).

Telefon pintar ini mempunyai bicu audio 3.5mm dan menggunakan port microUSB. Nokia C12 Plus berharga INR7,999 (~RM430) dan nantikan jika ianya akan diumumkan di Malaysia kelak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Nokia

Exit mobile version