Site icon TechNave BM

Nokia C12 Pro dilancar: Cipset 9863A1 Unisoc, skrin HD+ 6.3″ dan bateri 4,000mAh bermula ~RM378

Pada bulan Januari lalu, HMD melancarkan telefon bimbit peringkat permulaan Nokia C12 dan hari ini, mereka melancarkan Nokia C12 Pro baharu. Peranti baharu ini membawakan spesifikasi yang sama seperti C12 tetapi dengan bateri 4,000mAh yang boleh ditanggalkan. 

Ia menggunakan skrin HD+ 6.3 inci sambil menempatkan takuk titisan air untuk kamera swafoto 5MP. Bahagian belakang membawa sensor tunggal 8MP dan flash LED. C12 Pro dilengkapi dengan cipset 9863A1 Unisoc yang dipasangkan dengan RAM 2/3GB dan storan 64GB. Telefon ini menggunakan Android 12 (edisi Go) dan dijanjikan dua tahun kemas kini keselamatan suku tahunan.

Nokia C12 Pro hadir dalam warna Dark CyanLight Mint dan Charcoal. Model 2/64GB berharga INR 6,999 (~RM378) manakala versi 3/64GB berharga INR 7,499 (~RM405). Sekiranya ia dilancarkan di Malaysia, kami menganggarkan bahawa telefon ini berada dalam julat harga RM500 ke bawah.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  Nokia India

Exit mobile version