Site icon TechNave BM

Nokia ‘Captain America’ mungkin akan diumum di MWC 2020

Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2020 akan dianjurkan tidak lama lagi di Barcelona, Sepanyol dan banyak syarikat elektronik bakal melancarkan telefon pintar baru termasuk Nokia. Seperti banyak telefon-telefon lain, nampaknya maklumat tentang peranti Nokia baru juga telah dibocorkan kepada media.

Menurut pembocor berita terkenal Evan Blass, telefon pintar Nokia seterusnya yang diberikan kod nama “Captain America” akan diumumkan dalam MWC 2020 dan telefon itu kemungkinan besar adalah Nokia 5.2. Dalam gambar yang disertakan beliau, telefon itu mempunyai skrin dengan notch kecil di bahagian atas dan di belakangnya pula terdapat empat kamera yang disusun dalam corak bulatan mengelilingi lampu flash LED.

Menurut Evan lagi, telefon kelas pertengahan itu akan dilengkapi cipset Snapdragon 632, storan 64GB, RAM 6GB, skrin 6.2 inci, bateri 3,500mAh dan sistem operasi Android 10.

Adakah bulatan kamera di belakang telefon itu yang menyebabkannya dinamakan “Captain America”? Kita hanya boleh tunggu pada MWC nanti. Kongsi tekaan anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PhoneArena, IB Times

Exit mobile version