Site icon TechNave BM

Nokia G21 bakal dilancar, mungkin miliki paparan LCD 6.5 inci dengan “waterdrop notch”

Nokia G21 yang masih belum dilancarkan telah didedahkan dengan takuk (notch) dan beberapa imej rasmi peranti oleh Roland Quandt. Imej-imej yang ditunjuk dalam penyenaraian Geekbench telah dikesan pada awal minggu ini. Terdapat tweet menunjukkan peranti itu hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hijau tua, coklat gelap dan hijau muda.

Peranti ini akan dikuasakan oleh cipset Unisoc T606 bersama RAM 4GB dan storan 128GB. Ia dijangka hadir dengan kamera utama 50MP dan beberapa sensor tambahan serta paparan LCD HD+ 6.5 inci dengan takuk titisan air (waterdrop notch) di hadapan.

Seperti biasa, Nokia terkenal dengan tahap ketahananannya yang mungkin termasuk Nokia G21. Setakat ini, masih tiada butiran mengenai tarikh pelancaran dan harga peranti. Kami juga tidak pasti sama ada akan terdapat konfigurasi RAM dan storan tambahan atau hanya 4GB/128GB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version