Site icon TechNave BM

Nokia G21 dilancar di Malaysia: Unisoc T606, skrin 6.5″ 90Hz dan kamera 50MP berharga RM799

HMD Global hari ini mengumumkan pelancaran telefon terbaharu dalam siri G iaitu Nokia G21 untuk pasaran Malaysia. Nokia G21 menawarkan kemas kini keselamatan bulanan selama tiga tahun dan dua tahun kemas kini perisian.

Untuk keselamatan tambahan, peranti ini disertakan dengan mod topeng iaitu ciri kemudahan untuk membuka telefon dengan pengimbas muka walaupun ketika anda memakai topeng pelitup muka.

Nokia G21 dilengkapi cipset Unisoc T606, RAM 6GB, storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan kepada 512GB dengan slot mikroSD dan bateri berkapasiti 5,050mAh dengan sokongan pengecasan 18W melalui port USB-C serta beroperasi menggunakan Android 11.

Selain itu, paparannya menggunakan skrin HD+ 6.5 inci, segar semula skrin 90Hz dan 400 nits kecerahan. Kamera swafoto 8MP terletak pada takuk V. Bahagian belakangnya pula terdapat tiga kamera yang menampilkan kamera utama 50MP + makro 2MP + sensor kedalaman 2MP.

Bagi sambungan audio, Nokia G21 hadir dengan bicu audio 3.5mm. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Nordic Blue dan Dusk dengan harga RM799. Namun, eksklusif pada hari pelancarannya, ia ditawarkan pada harga RM759 untuk pra-tempahan bermula 3 hingga 9 Mac 2022 di Shopee.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Nokia Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version