Site icon TechNave BM

Nokia G300 5G tertiris, miliki SD 480, skrin 6.57” dan kamera 16MP

Sebuah lagi telefon pintar 5G dengan harga mesra poket daripada Nokia sedang dalam fasa untuk dilancarkan. Telefon tersebut ialah Nokia G300 5G yang menggunakan cipset Snapdragon 480 .

Nokia G300 5G dilengkapi skrin paparan LCD 6.57 inci beresolusi 720 x 1,600 piksel (nisbah aspek 20:9). Terdapat tiga kamera pada bahagian belakangnya yang menempatkan kamera utama 16MP, ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP.

Kamera swafotonya pula memiliki resolusi 8MP. Baterinya berkapasiti 4,470mAh namun kami tidak pasti jika ianya menyokong pengecasan pantas. Nokia G300 5G akan beroperasi menggunakan Android 11, storan dalaman 64GB dan slot mikro-SD (sehingga 1TB).

Dengan semua maklumat yang tertiris, Nokia sepatutnya meletakkan harga antara €160 (~RM775) dan €270 (~RM1,300). Apa pun kami masih menunggu pelancarannya dan acara HMD Global pada 6 Oktober ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version