Site icon TechNave BM

Nokia G300 bakal dilancar: Miliki cip Snapdragon 480 5G SoC dan bateri 4,470mAh berharga ~RM831

Perincian Nokia G300 semakin diketahui ramai. Kini, kami mendapat berita bahawa Nokia akan dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Nokia G300 cipset menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 480 yang menyokong rangkaian 5G dan meningkatkan prestasi telefon. Ia dilengkapi dengn skrin LCD 6.57 inci dengan HD+, resolusi 720 p+ dan aspek nisbah 20:9. Skrinnya mempunyai v-notch yang merangkumi kamera hadapan 8MP.

Pemproses digandingkan bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB serta meyokong penambahan ruang storan sehingga 1TB melalui kad microSD. Bahagian kamera belakang telefon merupakan tri-kamera dengan sensor utama 16MP, ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Kameranya turut menyokong penstabilan imej elektronik (EIS) dan mod malam.

Peranti ini juga mempunyai sokongan keliling audio OZO dan pembatalan bunyi angin. Nokia G300 5G beroperasi atas Android 11 dan mempunyai bateri 4,470 mAh yang menyokong pengecasan pantas.

Telefon ini bakal dijual di Amerika Syarikat secara eksklusif mulai 19 Oktober dengan harga $200 (~RM831). Kami masih menunggu berita tentang kedatangannya ke pasaran Malaysia. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version