Site icon TechNave BM

Nokia G50 5G dilancar: Miliki SD 480, skrin 6.81” & kamera 48MP bermula ~RM1,300

Sebelum ini, muncul di internet tentang Nokia bakal melancarkan sebuah telefon pintar iaitu Nokia G50 5G. Kini, khabar angin tersebut menjadi kenyataan kerana baru-baru ini Nokia secara rasmi mengesahkan keberadaanya di dalam pasaran.

Nokia G50 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 480, Ram 4GB / 6GB, storan dalaman 64GB / 128GB, slot mikroSD sehingga 512GB, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan beroperasi menggunakan Android 11.

Paparan skrinnya menggunakan LCD 6.81 inci beresolusi 720p+, 70% NTSC dan keterangan 450 nits. Pada bahagian belakangnya terdapat kamera utama 48MP, ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk bahagian sambungan, ianya hadir dengan teknologi 5G, WiFi 6, NFC, port USB-C, radio FM dan bicu audio 3.5mm.

Terdapat juga pengimbas cap jari pada bahagian sisi telefon ini. Memandangkan ianya merupakan siri-G, kami mengandaikan bahawa telefon ini akan mendapatkan kemas kini untuk sistem operasi selama 2 tahun dan sistem keselamatan selama 3 tahun.

Nokia G50 5G tersedia dalam dua varian iaitu 4GB + 64GB dan 6GB + 128GB bermula pada harga €270 (~RM 1,300). Apa-apa pun kami masih belum menerima maklumat rasmi tentang keberadaanya untuk pasaran Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version