Site icon TechNave BM

Nokia G50 5G tertiris, miliki SD 480, LCD 6.38 inci, kamera 48MP, bermula ~RM 1,125

Baru-baru ini tertiris khabar angin bahawa Nokia bakal melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan iaitu Nokia G50 5G. Nokia G50 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 480, panel skrin LCD 720p 6.38 inci, kapasiti bateri 4,850mAh, sokongan pengecasan 10W, pengimbas cap jari pada bahagian sisi telefon serta didatangkan bersama fon telinga wayarles.

Bahagian belakang telefon ini terdapat tiga kamera yang mana kamera utamanya mempunyai sensor 48MP. Kami menjangkakan bahawa dua buah lagi kamera akan mempunyai sensor ultra-lebar, makro dan sensor kedalaman.

Sumber mengatakan bahawa Nokia G50 5G mungkin berharga €230 (~RM1,125) sehingga €250 (~RM1,223) beserta fon telinga wayarles. Namun, fon telinga wayarles tersebut mungkin termasuk dalam tawaran waktu terhad.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version