Site icon TechNave BM

Nokia ingin bantu kerajaan Malaysia cepatkan pelaksanaan rangkaian 5G

Syarikat telekomunikasi antarabangsa Nokia telah menyatakan hasratnya untuk membantu kerajaan Malaysia dalam mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G bermula tahun ini. Perkara tersebut diutarakan oleh pengarah urusan Nokia Malaysia, Maldives dan Sri Lanka iaitu Datuk Mohd Rauf Nasir.

Inisiatif ini boleh dibina berdasarkan empat portfolio utama Nokia iaitu rangkaian mudah alih, perkhidmatan rangkaian awan (cloud service), teknologi Nokia serta infrastruktur rangkaian. Bagi membenarkan 5G untuk beroperasi sepenuhnya, kerajaan memerlukan stesen asas atau rangkaian akses radio (RAN) dan semua ini sudah berada di bawah portfolio Nokia.

Selain itu, beliau juga menekankan aspek pendigitalan perniagaan dalam pelaksanaan infrastruktur 5G berkelas dunia, bagi membolehkan negara menjadi lebih berdaya saing dan menarik lebih ramai pelabur. Nokia telah menyaksikan pertumbuhan kukuh untuk penyelesaian rangkaian 5G sejak kemunculan pandemik pada dua tahun lepas.

Daripada segi pembinaan Rangkaian Borong Tunggal (single wholesale network, SWN) untuk pelaksanaan 5G oleh kerajaan Malaysia, Mohd Rauf berkata Nokia bersedia untuk menyokong sebarang keputusan oleh kerajaan. Setakat ini beliau masih tidak pasti bagaimana kerajaan akan melaksanakan SWN namun ia perlu membabitkan kajian pakar.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version