Site icon TechNave BM

Nokia Magic Max miliki cipset SD 8 Gen 2 bakal dilancar tidak lama lagi

Telefon Nokia yang dilancarkan oleh HMD Global pada masa ini kebanyakannya adalah model segmen permulaan tetapi berita terkini mengatakan bahawa HMD menunjukkan dua model Nokia Magic Max dan Nokia C99 kepada sebilangan kecil ahli pada pameran MWC 2023. Telefon tersebut bakal menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.

Menurut sumber, HMD mungkin melancarkan Nokia Magic Max pada April dengan harga sekitar $550 (~RM2,465) manakala Nokia C99 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dengan harga sekitar $480 (~RM2,150). Sumber mendedahkan bahawa Nokia Magic Max mempunyai RAM 8GB, 12GB dan 16GB serta storan 256GB atau 512GB.

Telefon ini dilengkapi dengan sistem Android 13 dan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Bahagian hadapannya menggunakan skrin AMOLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 7. Bahagian belakang pula dilengkapi dengan kamera utama 144MP, ultra lebar 64MP dan telefoto 48MP.

Di samping itu, baterinya berkapasiti 6500mAh dan menyokong pengecasan pantas 180W. Namun, spesifikasi Nokia C99 masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan kemunculan telefon andalan daripada Nokia untuk tahun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon andalan daripada Nokia ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version