Site icon TechNave BM

Nokia Mobile mengacah sebuah telefon tahan lasak yang bakal dilancar 27 Julai ini

Terbaru, Nokia telah mengacah sebuah telefon pintar yang bakal diperkenalkan pada 27 Julai ini. Acahan ini hadir dengan tulisan yang memberi petanda bahawa peranti ini mungkin adalah sebuah telefon pintar tahan lasak.

Reka bentuk peranti ini dilihat hampir sama dengan Nokia X10 dan X20 dengan 4 kamera pada bahagian belakang. Modul kameranya pula berbentuk bulat dan mempunyai logo ZEISS di tengahnya sebelah lampu kilat LED.

Melihat kepada gambar itu, sarung telefon itu mungkin diperbuat dari plastik dan ianya mempunyai corak batu. Sehingga kini, tiada informasi lanjut mengenai peranti ini, namun ia mungkin merujuk kepada Nokia XR20.

Nokia XR20 telah muncul di Geekbench bulan lalu dengan cipset Snapdragon 480 dan RAM 4GB sama seperti X10 dan X20.

Apa pun, nantikan acara pelancarannya pada hujung bulan ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version