Site icon TechNave BM

Nokia mungkin mengeluarkan telefon pintar boleh lipat pada tahun ini

Sumber gambar: GIZMOCHINA

Melalui kenyataan daripada Nokiamob.net, Nokia mungkin mempunyai perancangan untuk mengeluarkan telefon pintar boleh lipat pada akhir tahun 2020. Sumber juga melaporkan bahawa terdapat kemungkinan untuk kita melihat peranti boleh lipat itu debut pada MWC 2020 yang akan berlangsung di Barcelona pada 24 Februari hingga 27 Februari tahun ini.

Apa pun, semua ini hanyalah satu khabar angin yang masih belum pasti kerana Nokia belum mengeluarkan pernyataan rasmi berkenaan maklumat bocor ini. Bukan itu sahaja, kami juga masih tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran, ciri teknologi dan harga rasmi di Malaysia.

Apa pendapat anda mengenai HMD Global memasuki pasaran telefon pintar boleh lipat? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan kemas kini berita sebegini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version