Site icon TechNave BM

Nokia PureBook Pro dilancar: Komputer riba Intel i3 12th Gen, skrin 15.6″ bermula ~RM3,254

Nokia telah melancarkan siri komputer riba terbaru iaitu Nokia PureBook Pro yang akan dibina oleh syarikat Perancis, OFF Global. Komputer ini dibuat dengan rangka aluminium serta menampilkan rekaan minimalis dan ringan bagi memudahkan penggunaannya di mana sahaja.

Nokia PureBook Pro ditawarkan dalam dua saiz skrin IPS iaitu 17.3 inci atau 15.6 inci dan kedua-duanya mempunyai resolusi Full HD. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Intel Core i3-1220P, RAM 8GB dan storan SSD 512GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

Varian 17.3 inci mempunyai bateri 63Wh manakala varian 15.6 inci mempunyai bateri 57Wh. Port yang tersedia pada komputer ini termasuklah dua port USB-C 3.2, satu port USB-A 3.2 dan bicu audio 3.5mm. Papan kekunci serta pad penjejak (trackpad) mempunyai saiz yang agak besar dan warnanya terdiri daripada biru, kelabu, perak dan merah.

Nokia PureBook Pro 15.6″ akan dijual pada harga EUR699 (~RM3,255) manakala varian 17.3″ akan dijual pada harga EUR799 (~RM3,720). Komputer tersebut akan ditawarkan dalam 22 buah negara namun Malaysia tidak termasuk dalamnya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer Nokia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nokia

Exit mobile version