Site icon TechNave BM

Nokia sahkan tablet baru yang akan dilancar pada 6 Oktober 2021, mungkin dilengkapi skrin 10 inci

Pada minggu lepas, Nokia berkongsi sebuah gambar acah (teaser) yang menunjukkan bahawa mereka mungkin akan melancarkan sebuah tablet baharu pada hari Rabu, 6 Oktober 2021. Kini, syarikat teknologi Finland itu mengesahkan bahawa mereka memang akan melancarkan sebuah tablet pada hari itu.

Dalam sebuah gambar yang dikongsi di Twitter, mereka berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan bahagian sisi sebuah tablet dan diletakkan di sebelah telefon Nokia 3310 (2018). Gambar itu disertai dengan ciapan, “Semua yang anda jangkakan daripada telefon Nokia dalam sebuah tablet. Akan datang 6.10.21.”

Setakat ini Nokia masih belum berkongsi maklumat tentang rupa atau spesifikasi tablet tersebut. Ia mungkin adalah Nokia T20 yang dikhabarkan bakal dilengkapi skrin 10.36 inci, RAM 4GB, storan 64GB, cipset Unisoc dan ditawarkan dalam varian 4G atau Wi-Fi.

Peranti ini bakal menjadi tablet pertama Nokia sejak Nokia N1 yang dilancar pada 2015. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet Nokia ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version