Site icon TechNave BM

Nokia sahkan tidak lagi tumpukan pengeluaran telefon segmen andalan

Pengeluaran telefon pintar Nokia dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak membuat banyak impak dalam pasaran. Pada 8 Mac, Adam Ferguson, ketua pemasaran produk di HMD Global dan pemilik jenama Nokia mengakui dalam temu bual bahawa Nokia telah menarik diri daripada persaingan untuk telefon perdana.

Nokia sebelum ini pernah berusaha untuk kembali bersaing dalam pasaran telefon segmen andalan. Namun, pada 2019, telefon andalan perdana Nokia iaitu Nokia 9 PureView tidak mendapat sambutan. Kini, Nokia tiada keinginan untuk bersaing dalam telefon segmen andalan tetapi fokus kepada pasaran telefon pintar segmen permulaan.

Selain itu, disebabkan pertikaian paten, Nokia terpaksa menarik balik kebanyakan telefon pintarnya daripada pasaran di beberapa negara. Baru-baru ini, Nokia secara diam-diam telah melancarkan Nokia G21. Ia adalah telefon segmen permulaan yang dilengkapi dengan cipset UNISOC T606. Selain itu, Nokia juga melancarkan komputer riba Nokia PureBook Pro.

Dapat dilihat dalam pasaran telefon pintar dan komputer riba, Nokia tidak berputus asa sepenuhnya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNMO

Exit mobile version