Site icon TechNave BM

Nokia sedang mengusahakan fon telinga wayarles Power Earbuds Lite

Nampaknya kini hampir setiap syarikat telefon ingin menghasilkan fon telinga wayarles mereka sendiri. Terbaru, Nokia dilaporkan sedang membangunkan Nokia Power Earbuds Lite iaitu varian yang lebih rendah berbanding model sebelum ini, Nokia Power Earbuds BH-605.

Maklumat ini diperolehi daripada dokumen pengiktirafan Bluetooth Special Interest Group (SIG) yang menunjukkan produk Nokia terbaru dengan nama Power Earbuds Lite dan nombor BH-405. Ia telah disenaraikan sejak 28 Ogos dan mempunyai hubungan Bluetooth 5.1 iaitu lebih canggih sedikit berbanding Bluetooth 5.0 yang terdapat dalam Power Earbuds sebelum ini.

Nokia dijangka akan melancarkan fon telinga wayarles terbaru ini di samping pelbagai telefon pintar dalam acara IFA 2020 pada 3-5 September di Berlin, Jerman. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version