Site icon TechNave BM

Nokia T20 dilancar di Malaysia pada 12.12 secara langsung di Shopee

Tablet adalah antara peranti yang masih digunakan orang ramai. Nokia tidak dikecualikan dalam mengeluarkan tablet Nokia T20 pada bulan Oktober. HMD Global telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Nokia T20 di Shopee pada 12 Disember 2021 secara langsung melalui kedai Nokia Mobile Shopee. Anda juga akan mendapat sarung tahan lasak bernilai RM229 untuk setiap pembelian Nokia T20 di Shopee dan Lazada.

Nokia T20 hadir dengan cipset Unisoc T610, RAM 4GB dan storan 64GB yang menyokong kad memori tambahan 512GB. Ia menggunakan bateri 8,200mAh yang boleh bertahan sehingga 15 jam, paparan 2K 10.4 inci dan pembesar suara stereo. Dari segi kamera, ia mempunyai kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP.

Ia dilengkapi dengan dua tahun peningkatan OS dan tiga tahun kemas kini keselamatan bulanan untuk memastikan maklumat penting anda selamat serta sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Tablet ini membantu memastikan maklumat penting anda selamat serta melindungi mana-mana kanak-kanak yang menggunakannya.

Anda boleh turut hadir ke jerayawara (roadshow) di Sunway pyramid pada 16 Disember hingga 19 Disember untuk melihat model terbaru Nokia. Harga peranti masih belum diumumkan walaupun hampir menjelang pelancaran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version